Tuesday, September 13, 2011

Anak Ibu Demam Lagi...

7 September

Sewaktu ambik zahin di taska, acik watie bagitau zahin demam+batuk+selsema. Kebetulan petang tue ade jamuan ari raya kat umah acik min, jadik ibu pun singgah sekejap kat umah acik min dgn zahin yang tak sihat. Alahai cian anak ibu, muka sedih sepanjang masa, siap baring kat riba lagi, sje la tue nak manja dengan ibu. Semua kawan ibu dok tegur muka sedih zahin....

Sebaik pulang ke rumah, zahin mula merengek, badan zahin pulak semakin panas. Jenuh le ibu lap badan zahin dengan air paip, zahin pulak menjerit tiap kali ibu lap dengan air sejuk. Tapi alhamdulillah zahin mahu menyusu badan, cuma zahin tak boleh tido. Ibu pun tak boleh nak bergerak ke mane, udah zahin tido nak beribe. Sejak bile pulak manje macam gini pun tak tau...tapi seronok jugak dapat manjekan zahin walaupun lenguh kaki nie.

Demam masih tak kebah walaupun ibu bagi ubat demam satu ml, 38.3 darjah celcius. Ibu telepon ayah, mase tue ayah keje malam, lebih kurang 12.30 tgh malam ayah balik umah lalu terus bawak zahin ke klinik kerajaan. Doktor sukat suhu badan zahin, 37.5. Sampe umah ibu terus bagi ubat demam dua ml, tapi zahin tak jugak tido, jam dah pukul 3pagi lebih. Mata ibu dengan zahin dah bengkak sebab tak cukup tido. Dah pukul 4pagi baru le zahin tido, ibu pun lena sampe ke subuh. Suhu badan zahin masih lagi 37.7. Ibu pun ambik cuti untuk jaga zahin, kesian pulak nak anto ke taska.

Lama jugak demam zahin turun naik, 11hb baru betul" kebah. Alhamdulillah. Mungkin demam tue sebab zahin tumbuh gigi atas dua batang. Kira nyer zahin dah tumbuh empat batang gigi.......Tapi yang ibu dan ayah rse kelakar sgt, mase zahin demam, sempat pulak berjalan ke sana sini.

No comments:

Post a Comment