Wednesday, February 13, 2013

Sepanjang Kehamilan Kedua

Di sepanjang trimester yang pertama 1-3 bulan, ibu tersangat la kuat makan, tiada sebarang alahan seperti loya. Dari segi pemakanabn, semua ibu teringin nak makan. Cuma jeruk ibu tak berminat, begitu juga dengan kopi radix yang selama ini menjadi kegemaran ibu. Menjangkau usia kandungan 4 bulan, kaki ibu mengalami masalah kaki bengkak dan kebas. Tidak boleh berjalan, berdiri atau duduk terlalu lama. Berlarutan sehingga ke usia kandungan 6bulan.Semasa scan pada usia kandungan 4bulan, doktor ckp anak ibu berada pada kedudukan songsang. Tetapi masih terlalu awal untuk risau kerana anak ibu akan berpusing lagi.

Pada 24hb Januari, usia kandungan 6bulan; ibu scan sekali lagi di klinik swasta, juga masih songsang. Tapi doktor ckp anak ibu sihat, dan jantina adalah lelaki. Kebetulan pada hari ibu scan jantina, ibu demam dan batuk + selsema dah dua hari, mse tu demam ibu 39. doktor bagi ubat demam dgn antibiotik sebab ade luka pada tekak. dah 10 biji panadol ibu telan masih tak kebah demam, ini la demam yang paling teruk ibu kena sampe tak lalu bangun. Kebetulan di kg, ade la opah n atok menjaga zahin. Batuk pun masih kuat dan berlarutan sehingga 5hb Februari, malam tu ibu minum ubat batuk yang dibeli dari farmasi sebab memang dah tak tahan sangat asyik batuk.

6 Februari lebih kurang 11 pagi ibu perasan yang anak ibu tidak gerak. Ibu tunggu sehingga ke pukul 2 petang juga tak rasa pergerakan. Ibu segera ke klinik desa, tapi alhamsulillah jantung anak ibu berdenyut tapi nurse refer ke klinik tanjung malim. Tibe je di klinik, jelas sgt muka doktor yang merawat nampak agak tension, mungkin sebab ramai patient. Mase checkup ibu pun, doktor tu main campak aje cop nye, dan ade kad temujanji ibu dalam buku merah yang ditulis, juga dicampak. Nampak sangat doktor tu stress tapi mungkin dia lupe dia seorang doktor. Tapi memang dia marah dgn ibu sebab beli ubat batuk dari farmasi. Yang marah kan ibu tu tak kisah tak cara meletak brg tu yg tak beradab. Sambil marah", dia suh ibu masuk wad. Dalam hati ibu memang tak bersedia sebab siapa la nak jaga zahin. Dia telefon ke HSR, bercakap dengan doktor pakar di sana, lega hati ibu sebab kalo masuk wad pun doktor masih tak boleh pantau anak gerak atau tidak. Doktor bekalkan ibu dengan ubat batuk, antibiotik dan ubat demam. Tapi doktor pesan hanya jika perlu sahaja minum.Sebab risau anak ibu tido. Tapi alhamdulillah, lebih kurang pukul 10 malam, ibu terasa anak ibu gerak seperti biasa.

9 Februari, ibu p umah tok bidan kg. Tok bidan tu pegang je perut ibu dia ckp budak melintang teruk nie. Tok pun dok tolak le perut ibu. Alhamdulillah, anak ibu berada kedudukan normal dah. Tapi tok ckp perut sejuk, anak lemah. Jadik to pesan, jgn biar anak sulung dok pijak kat peha, jgn tertendang. Lagi satu tok suruh minum air kelapa supaya anak ibu segar.Yang paling best tok dok ngurut urat batuk, tok cakap ibu demam urat. tak tahan sejuk. lega sangat kena urut. alhamdulillah dengan izin Allah, malam tu dah takde batuk lagi, cuma sesekali batuk biase. Anak ibu pun dah semakin gerak aktif. Bayangkan dah hampir dua minggu batuk teruk, nak solat pun susah sebab asyik terkucil. Kini kembali normal.Terima kasih Ya Allah. Engkau tunjukkan jalan untuk berubat cara kg.



Ahmad Zahin Diduga Lagi...Penyakit Kulit Mulluscum

6 Februari 2013,

Malam tue terperasan ade bintik" merah di leher zahin, tapi tak byk 3,4 biji kot. mula ibu ingatkan ekzema... Tapi malam tu zahin tido lena aje, tak pulak menggaru. Malam esok nye, ibu lihat bintik" tu bertambah lagi 2,3 biji. Pagi jumaat ibu terus bawak zahin ke klinik swasta, bukan le pakar tapi ramai orang cakap kalo untuk kanak-kanak ubatnye serasi. Doktor ckp alahan, tapi ibu pertikaikan jugak, sebab biji" nye bertambah, doktor tu masih dgn pendapat dia. Takpe la, kite berusaha, moga allah permudahkan. dah 2hari tak surut, biji" bertambah lagi, hati dah tak keruan.
Kebetulan balik kg, jadi ibu buat keputusan untuk bwk zahin berjumpa dengan pakar kulit di tanjung tualang, klinik nagoke. Doktor nye mmg bagus. Sebelum nie, berubat ekzema zahin pun di klinik nagoke. alhamdulillah, tiada lagi luka sehingga berdarah, tapi ekzema masih ade, seolah-olah ia datang dan pergi dan datang semula....itupun sebab peluh, habuk dll. memang sangat perlukan jagaan yang betul dari segi sabun mandi, makan dan sebagainye.

Berbalik pada kisah biji" di leher zahin, doktor tu tengok je dia ckp ini penyakit kulit yang disebabkan oleh kuman, mulluscum... allahuakhbar, sayu rase hati ibu. kesian kat zahin. tapi moga ade hikmah di sebalikNYA. Sekali lagi yang buat ibu rase sedih, ia akan ambil mase yg lama untuk sembuh, tapi penyakit nie tak merbahaya. doktor ckp akan sembuh dlm 8 bulan jika tidak dirawat. Jika dirawat dalam sebulan akan hilang tapi ubatnya adelah sejenis asid, kesan nyer akan rse pedih. Ibu dan ayah sepakat untuk ambil ubat, tak sanggup nak biar hingga berbulan lamenye. Doa ibu moga dipermudahkan buat kita untuk lalui semua ini, dan moga zahin akan segera sembuh dan ianya tidak akan berulang lagi. Tambah lagi ibu tengah mengandung dan bakal melahirkan. Macam" bermain dalam kepala, siapa yg nak beri tumpuan pada zahin, sapukan ubat...zahin pun memang tak boleh pisah dgn ibu. Ya allah, moga diberikan kesembuhan kepada ahmad zahin.