1 Tahun

Ahmad Zahin
Banyak perkara menarik tentang perkembangan zahin yang ibu lupa coretkan. Ada yang ibu tak ingat dah, antaranya ntah bila kali pertama zahin sebut ibu, ayah. Tapi perkataan pertama yang disebut adalah 'tok'.

Apa yg ibu ingat semasa zahin mencecah usia 1 tahun 7 bulan, kebetulan masa tu ada kenduri akikah zahin dan adam serta majlis pertunangan mak su di kg.
Mak yong dok tegur.....yg zahin dah banyak cakap, boleh panggil mak yong, mak su.... sebelum ni atok, opah, ibu dan ayah je. Setiap sebutan mmg jelas dan takde pelat. Alhamdulillah, moga" anak ibu menjadi anak bijak yang petah berkata-kata.
Antara lain perkataan zahin suke sebut, bas, lori, van, lampu, lari, lepasss dan macam-macam lagi. Huruf r dan s sgt jelas bila zahin sebut. Tapi kalo pangkal R, contoh Raffiq bertukar jdik Kaffiq...bila sebut lori, lari ok jek, hihi....


Kini zahin sudah mencecah usia 2 tahun, zahin semakin pandai bercakap lebih dari dua perkataan, antaranya;
ibu nak susu
ibu lapo nak makan
ibu nak ayo (loghat perak nyer aje pekat)
ibu nak makan masak ikan
ibu, bangun...jom masak
sayang atok sayang opah sayang ibu sayang ayah........ (nama atok opah le dulu, cucu manje le katakan, hihi).

Yang paling best dengar, setiap ape yang org cakap, zahin ajuk tanpa pelat.

Ahmad Izz Zakwan
6 November 2014: Lame sudah ibu tak menulis, zakwan pun dah cecah 1 tahun 6 bulan. Skrg dah pandai merajuk, duduk atas lantai persis along zahin. Adoiii...anak2 ibu. Moga tak lme la perangai yg begitu dan moga cepat berubah lebih baik. Ibu dah ade tips untuk perangai yg itu, moga dapat dipraktikkan. Yang utamanya jangan dibawa di kawasan umum. Huhu...sebab boleh hilangkan kesabaran seorang ibu. Berbalik kisah zakwan yang lalu, zakwan mula berjalan semasa usia setahun, lewat sikit dari along zahin. Dah boleh panggil ibu, ayah, opah dan atok. Zakwan kerap demam semasa usia mencecah 1 tahun 4 bulan, on off...sebabnya nak tumbuh gigi geraham, sangat lama baru tumbuh keluar, dah 3minggu baru nampak geraham pertama tumbuh. Hinggalah ke usia 1 tahun 5 bulan, zakwan tumbuh 8 gigi geraham, 4 atas dan 4 bawah. So zakwan dah ade 16 batang gigi. Ibu dah lupa gigi pertama zakwan tumbuh bila, kalo tak salah masa usia 7 atau 8 bulan. Dah pandai sebut abang, tapi tak banyak perkataan yang jelas keluar dari mulut zakwan. Tapi takpe sebab setiap anak tak sama.

No comments:

Post a Comment