Wednesday, August 8, 2012

19 Julai 2012 Kali Kedua Masuk Wad

19 Julai 2012

Kali kedua zahin dimasukkan ke wad. Pada mula nyer malam sebelum tu cuma batuk. Pagi 19hb ibu dengar pernafasan zahin berbunyi tapi zahin masih aktif dan minum susu. Ibu singgah di pejabat dulu sebelum bawa zahin ke klinik nabila ditemani auntie wana. Zahin kena sedut gas. Kemudian terus balik umah, ibu rse badan zahin dedor, ibu kesian nak anto zahin ke pengasuh. Tak lme lepas tu, dengo pernafasan zahin sangat kuat.tulang rusuk nampak ketara. Hati ibu dah rse lain, tapi memandangkan zahin baru je tdo, ibu cdg nak bawak zahin ke klinik kerajaan petang nye.

Lebih kurang pukul 1.00 petang auntie nurul n auntie yanti datang anta barang ibu sebab ibu terus amik cuti. Ibu mintak depa tgk zahin sat, terus depa suh bawak ke hospital. Pukul 3 lebih ibu ditemani auntie nurul n auntie yanti tibe di hospital slim. Tiga kali zahin kena sedut gas tapi doktor cakap tiada perubahan. so kena masuk wad.

Kawan-kawan ibu dah balik ke ofis lagipun kesian mase tu lme menunggu zahin, dah pukul 5.00 lebih. Tak lme lepas tu atuk n opah sampe. Bukan main seronok le zahin. Masuk wad pukul 7.00 malam. Timbang berat 9kg. Setiap 6 jam sekali zahin perlu sedut gas dan dipasang oksigen sepanjang masa. Allah je tau betapa sedih nyer ibu tgk zahin tapi ibu tetap tenang. Dan betapa jenuh nyer ibu nak pegang zahin tiap kali sedut gas. Terpaksa dibedung. Begitulah rutin selama 3 hari di wad. Hasil pemantauan doktor, zahin ada tanda-tanda asthma, tetapi sepatut nyer umur 2 tahun ke atas baru boleh pastikan. Apepun doktor beri ubat asthma tp dos yang rendah, sbg langkah kawalan.

Gambar nie di hari ketiga, 1 Ramadhan. Doa ibu moga zahin dibenarkan keluar wad hari nie. Alhamdulilah, zahin dibenarkan keluar.




No comments:

Post a Comment