Wednesday, October 17, 2012

Percutian Bersama Keluarga

13 - 15 Oktober 2012 : Pulau Langkawi
Alhamdulillah, tiba jua hari yang dirancang sejak awal tahun...Walaupun di saat akhir, ade yang demam, selsema n kena gout tapi pergi jugak.

4.45 Pagi : Sabtu
Kami sekeluarga memulakan perjalanan dengan bacaan doa ringkas oleh ayah. Hanya pandu dua kereta seramai 10orang termasuk 2 si kecil, adam n zahin. Zahin bangun seawal jam 3.30 pagi dan sepanjang perjalanan menuju ke R&R Tapah langsung tak mau tido. Asyik dok jerit lori, bas, lampu, hihi...

Tepat 5.35 pagi kami tiba di Tapah untuk menunaikan solat Subuh, ingatkan lengang, tapi penuh dah surau. Kami bersarapan terlebih dahulu, ayah beli nasi lemak, tapi terbuang sebab tak sedap n sgt pedas. 6.45pagi kami memulakan perjalanan. Kami singgah sebentar di R&R Semanggol dalam 20 minit. Lebih kurang pukul 11.15 pagi kami tiba di Jeti Kuala Perlis. Di sepanjang perjalanan kadar tol sebanyak RM13 + RM33 + RM1.60. Bayaran parking berbumbung RM40 untuk 3hari. Tiket sehala RM144.

Kami menaiki feri pukul12 tengahari, dan tiba di Jeti Kuah jam 1.00 petang. Kereta dah sedia menanti. Nissan Sentra n Viva. Tp tibe di jeti, hp pulak meragam, tak boleh nak tgk no hp owner kereta sewa...Lme jugak kami menunggu sebab tak kenal pun siapa org nyer. Setelah dapat tunjuk arah dr owner kereta, kami terus menuju ke Petronas, sebab tuan rumah untuk homestay yang kami book menunggu di sana. Jam 2.30 petang kami tiba di homestay, sgt lega dan relaks sebab mmg homestay nyer selesa, kemas n teratur. Dua bilik ber'aircond'. Dah tentu le yg ade anak kecik dpt bilik aircond, hihi...

Selesai mandi n solat, kami keluar cari makan di pekan kuah, rm32...makanan biase aje. Kemudian terus ke Haji Ismail Group nak p borong coklat, abis beratus, huhu... Otw balik ke homestay kami singgah di Idaman Suri, baru smpe di tempat parking, dok tgk org angkut dua tiga beg plastik, mcm murah jek. Sekali masuk...........adoiiiiii rambang bijik mata, semua ilang ntah ke mana, anak pun tk ingat dah. Mmg murah nak banding kt tempat lain, nasib mmg dah bajet utk nie. Paling kelako 'abang' pun rambang mata. Pendek kate, ade je nak beli, tapi riso keta tak muat. Sampe umah pukul 6.45 petang. Malam nyer mmg masing" dah penat terutama encik" driver.

8.30 Pagi : Ahad
Arini kami keluar awal, plan nak berjalan sepanjang hari, giliran ayah yg memandu. arini kami pusing menghala ke Tanjung Rhu, konon" nak singgah ke Tama Hidupan Liar, Kraftangan Langkawi, Taman Buaya... Malang nyer semua masih tak bukak lagi, huhu... Taman Buaya lak tak jumpa, tersalah masuk simpang mse di roundabout. Sudah nyer kami terus menuju ke beras terbakar, jam pukul 9.30 pagi. masih ade kedai yg tutup. Di sini hanya beli kain batik, kain pelekat. Tak beli keychain or magnet fridge pun sebab tkde bajet. Yong n abg long paling lme, sebab kali pertama p langkawi.
Kemudian kami patah balik ke Cable Car, sekadar nak bergambo. Dah tibe sne, ade yang nak naik ade yg takut penyudah nyer semua tak payah naik... Singgah makan di kwsn cable car, rm55 untuk mkn tghr. Kemudian sekali lagi kami patah balik sebab nak ke pantai chenang. Singgah solat jap. Sekali lagi perancangan berubah, kami patah balik ke pekan kuah utk beli tiket feri. Selesai bab tiket, terus ke chenang, Tibe di chenang pukul 4ptg, tempat pertama lawat underwater world, tiket rm200. Mmg menarik....bg yg berminat. Pukul 5.30 terus ke pantai, cuaca agak panas, tiada tempat berlindung, nmpk mcm pdg pasir jek, hihi. Kalau aku, mmg tak best le nk lepak...baik p pantai pasir hitam ke, lagi best. Tapi syg kami tak sgah. Mse kat pantai, hanya mak su, pak su n zahin je mandi laut, adam nangis takut air, huhu.
Badan dah terasa penat, jam hampir 7mlm, tak jadik makan di chenang tapi tapau la jugak, siakap tiga rase, bawal masam manis, tomyam, daging kicap n kailan ikan masin rm92. Balik umah, mak su n pak su tolong siapkan mkn mlm... Asal nyer kami nak kuar ke idaman suri sebelah mlm, tapi tutup.

9.30 Pagi : Isnin
Kami sekeluarga dah bersiap nak balik, tiket pukul11.30 pagi. Ade sebab kami keluar awal, nak sgah idaman suri, hihi.... kami pelanggan pertama tercongok depan pintu utama. Tk lme lepas tu dtg stu bas, berduyun depa dok tgu kt pintu utama.








No comments:

Post a Comment