1 Bulan

Ahmad Zahin 25 Nov 2010
Berat : 3.5kg
Sejak dilahirkan hingga usia sebulan, anak ibu selalu menangis malam. Suara anak ibu yang nyaring adakala  membuatkan opah dan tok pening kepala, apalagi ibu yang masih dalam pantang. Di saat ibu masih lemah, ibu perlu berjaga siang malam hinggakan kepala ibu terasa berat sangat kerana tak cukup tidur. Baru ibu sedar betapa payah nyer seorang yang bergelar ibu untuk menjaga anak seawal usia ahmad zahin.

Ahmad Izz Zakwan 18 Mei 2013
Berat : 4.0kg
Dilahirkan dengan berat 2.42kg pada jam 12.08 tengahari, tapi pengalaman melahirkan izz sangat berbeza dengan along zahin. Walaupun saiz kecil, agak sukar semasa meneran dan tetap perlu digunting untuk memberi laluan. Sebaik dilahirkan hampir jam 2 petang, izz diserahkan semula pada ibu untuk disusukan tetapi pada masa itu izz langsung tak mahu menyusu. Tambah pulak ibu dalam keadaan  terlampau sejuk hingga rase tak bermaya untuk menyusukan izz. Hendak bertanya dan minta bantuan nurse masing-masing sibuk. Kemudian datang seorang nurse terus marah-marah sebab tak menyusukan izz sedangkan dia langsung tak membantu. Ini antara yang tidak dapat ibu lupakan.Jika menyusu pun hanya sekejap dan izz tidur. Jam hampir pukul 5 petang, izz dikatakan hypo (kurang gula dalam darah). Nurse yang sama bising-bising. Terus izz diambil dan diberi susu melalui shrink. Masih keadaan yang sama, izz tak mau sangat telan susu. Tapi nurse tetap menyalahkan ibu, sedangkan sepatutnya semasa 1 jam dilahirkan izz perlu menyusu ibu. Ini belum sampai 15minit telah diambil oleh nurse untuk timbang berat dll.

No comments:

Post a Comment