Tuesday, August 23, 2011

Al Kisah Ibu

23 Ramadhan
Semakin hari ibu rse semakin lemah, mane tidak nyer turun naik tangga pun udah letih. Setiap otot ibu tak berdaya. Bukan letih kerana berpuasa tapi sebelum nie pun rse macam nie. Dan bersyukur kepada Allah Yang Maha Besar, ibu dikuatkan untuk berpuasa.

29 Ramadhan
Ayah dan zahin teman ibu ke hospital untuk buat rawatan lanjut. Tapi diberitahu fail ibu dah ditutup dan perlu ikut prosedur awal.

Monday, August 15, 2011

Anak Ibu Mula Bertatih

12 Ogos 2011 : Anak ibu mula bertatih 5 langkah, dan semakin menunjukkan minat untuk berjalan. Mane tidak nyer sepanjang malam semalam, zahin berusaha bangun untuk berdiri dan berjalan. Bile jatuh terduduk zahin gelak plak. Kebetulan atuk ngan opah datang umah kite, seronok beno le atuk dgn opah dok tengok zahin terkedek-kedek berjalan. Sampe mengigau zahin dibuat nyer.

Sewaktu ibu dan ayah sedang bersahur pagi tadi, zahin terjaga dari tido, kebiasaan nyer merangkak menuju kepada ibu. Tapi pagi tadi, nampak je muka ibu, dalam mamai baru bangun tido zahin pun dok gagah nak berdiri terus berjalan dapat ibu....hehehe, comel jek anak ibu berjalan.

Nampak nyer hari raya nie tercapai le impian ibu nak tengok zahin mula berjalan. Idak le penat ibu nak dukung zahin, al maklumlah rse nyer berat ibu dah menurun. Zahin pun suke sangat main tulang dada ibu bile tengah nyusu, hehehe...mudah-mudahan ibu berkesempatan untuk melihat anak ibu membesar, bersekolah, bekerja dan berkahwin........