Friday, September 21, 2012

Kali Ketiga Masuk Wad: Zahin Selamat Jalani Pembedahan Hydrocele


18 September : Hari ini zahin admit wad sehari awal utk pembedahan hydrocele, Sebelum masuk wad, ibu bawa zahin berjumpa pakar SOPD, saat-saat akhir baru doktor cakap bukan hernia tapi hydrocele. Selama ini ibu cuma research berkenaan hernia. Pernah dengar hydrocele iaitu cecair yang terdapat di dalam kantung. Tetapi jika dibiarkan boleh jadi hernia. Doktor ckp setelah pembedahan tidak akan berulang. Alhamdulillah.....mudah-mudahan dengan kuasa Allah. Admit wad 12.05 tengahari. Jenuh ibu melayan zahin sebab asyik merengek nak p lompat" (bermain di taman). Antara pukul 2.30 - 4.00 ptg suasana wad agak sunyi kerana semua kanak" tido kecuali anak ibu sayang. Kami dok bermain di taman. Ibu yang letih, zahin bukan main seronok lagi, dah hampir pukul 5.00 ptg baru zahin mintak nenen. Ibu nyusukan jap je, zahin terus tertido.

Dalam hati lega jugak sebab malam nanti zahin boleh  tido lewat dan akan bangun selepas subuh. Sebab zahin kena puasa bermula 2.00 pg. Sedangkan selama nie zahin akan bgn untuk nyusu badan. Pukul 6.50 ptg zahin baru terjaga dari tido. Lepas maghrib merengek nak p lompat". Ibu layankan jugak sebab kesian esok nak operate. Sehingga pukul 11.00 mlm bermain di taman, kanak" lain udah lena. 11.30 mlm baru zahin mau tido setelah jenuh memujuk. Tepat 2.30 pagi tak semena-mena zahin menangis, bukan nk nyusu tapi tangan yang disuntik untuk masuk ubat, sakit...ada darah, mungkin dia tarik sebab rimas. Nurse mintak ibu susukan zahin, sepatut kena puasa. Dah nurse cakap tkpe. Tak lme zahin pun lena. Pukul 4.15 pagi sekali lagi zahin terjaga kali nie nak menyusu. Adoiii......jenuh memujuk, budak katil sebelah pun terjaga. kat pukul 5.00 pagi baru zahin nak tido tu pun berdukung. Allahuakhbar, betapa penat tgk dia nangis, rse macam nak cancel operation.

Lebih kurang pukul 7 lebih doktor datang tengok zahin, kebetulan ade nurse kat situ, nurse ckp pada doktor tak boleh ke segera buat operation sebab mlm smlm zahin menangis lama nak nyusu. Alhamdulillah doktor pun paham, terus mintak nurse buat persiapan ke bilik bedah. Sangat mendebarkan. Zahin diusung atas katil menuju ke dewan bedah, setiba di dewan bedah, ibu diminta untuk memakai pakaian yang disediakan. Kesian zahin keseorangan....apabila ibu buka je pintu masuk zahin tengah nangis, nmpk je ibu, terus panggil nama ibu dan berenti nangis. Ibu genggam tangan zahin, ibu cakap zahin kena kuat. walaupun aku pun takut sebenarnya. Sempat lagi zahin bersembang dengan aku, tanya mana ayah, atok n opah. Terasa kuat zahin genggam tangan aku sewaktu zahin mula dibius. Sebelum melangkah keluar dari bilik bedah, ibu cium dahi zahin. Dalam hati tak terbayang mcm mne le zahin dibedah.
Sejam lebih menunggu, baru la zahin dibawa keluar dari bilik bedah. Terdengar zahin menangis, tapi zahin masih lemah, badan pun sejuk dan hanya berselimut. Doktor suruh ibu peluk zahin dan susukan zahin. Sebaik ibu peluk zahin terus tido.... Itu la pengalaman yang tak dapat ibu lupakan. Setelah hampir setengah jam menunggu atendan, baru la zahin dibawa ke wad semula. Alhamdulillah di wad, sebaik zahin sedar...zahin boleh minum dan tak muntah. Jika muntah mmg doktor tak benarkan keluar wad lagi.