Monday, May 9, 2011

Kenangan Terindah

Tanggal 25hb Oktober 2010 : 9.16 malam, ibu selamat melahirkan seorang bayi lelaki berat 2.72kg dan panjang 48cm di Hospital Slim River...

Terkenang kembali sewaktu ibu bangun untuk solat subuh pada 25hb Oktober, setompok darah menitis ke lantai. Betapa berdebar  nyer saat itu, seakan sudah sampai  mse nyer untuk ibu melahirkan anak yang ibu kandung selama 39 minggu 2hari.

Lebih kurang jam 8.30 pagi ibu, ayah dan opah bergegas ke hospital....menunggu kedatangan doktor terasa satu penyeksaaan, sesudah diperiksa oleh doktor, bukaan baru di hujung jari, belum 1cm pun lagi. Lebih kurang pukul11 pagi ibu dimasukkan ke wad, walaupun ibu rase lambat lagi mse nyer untuk bersalin.

Tinggallah ibu di wad menghitung saat yang berlalu. Ayah dgn opah dah pulang ke rumah. Selepas solat zohor, ibu mula terasa sakit yang agak kerap sehingga berulangkali ibu keluar masuk tandas. Ibu sangka mungkin sakit perut. Sebaik ayah dan opah tibe dalam pukul 6 lebih, sakit semakin kuat. Lalu opah panggil jururawat yang bertugas, dengan selamba jururawat tue jawab "biase la sakit sket, lambat lagi tu".

Setelah diperiksa, jururawat terkejut kerana bukaan 7cm. Kelam kabut jururawat panggil doktor, hehe.... Alhamdulillah, Allah Ta'ala permudahkan saat menunggu. Setelah hampir 2jam berperang, akhirnya lahirlah Ahmad Zahin ke dunia. Terima kasih Ya Allah kerana anugerahkan anak yang comel ini.


No comments:

Post a Comment