Tuesday, October 11, 2011

Terjatuh ngelecek mainan

Lebih kurang pukul 12.30 tghr dapat panggilan dari pengasuh mengatakan zahin terjatuh, mungkin terseliuh kaki. Terdengar jeritan zahin, ibu rse berdebar sangat. Ibu bergegas ke taska bersama auntie wana. Setiba di taska zahin menangis kesakitan, kesian anak ibu tapi ibu tau zahin anak yang kuat. Kami bawa zahin ke klinik swasta, tapi doktor cakap takde patah dan doktor beri ubat tahan sakit. Doktor cuma pegang kaki zahin, walaupun ulangkali ibu cakap zahin tak nak berdiri pun.

Petang tue, terus bawa ke ofis, opah alang urutkan kaki zahin.Menangis kesakitan. Balik umah, zahin masih menangis bile ibu sentuh kaki yang sakit. Hati berbelah bagi nak ke klinik lain sekali lagi. Bile auntie tim sms, baik x ray dulu, ibu terus call ayah. Lebih kurang 8.30 ibu ayah bawa zahin ke klinik panel. Doktor perempuan, india, doktor yang bagus walaupun nmpk muda lagi. Dia terus suh ibu dirikan zahin bile ibu bagitahu zahin tak nak berdiri. Doktor cakap takut ade patah sikit, perlu x ray. Doktor buat surat rujukan ke hospital slim.

Di hospital, orang agak ramai menunggu giliran. Pukul 9 malam daftar, pukul 10.10 baru dipanggil masuk.Doktor suruh tunggu di  luar. 10.40 dipanggil semula untuk x ray. Hasil nyer tulang kaki retak, dan doktor simen. Kesian ahmad zahin perlu melalui proses yang lame. Lebih kurang 12 tgh malam baru gerak balik umah.

Thursday, October 6, 2011

Demam Yang Ke ?

5 Oktober : Sebaik amik dari taska, terasa hangat badan zahin. Di tambah pulak dengan hingus yang meleleh. Tiba umah, terus nangis mintak di susukan. Padahal bukan nak nyusu sgt pun, cuma mgkn nak manja.....

Tapi memang seronok, balik keje terus dapat peluk cium ahmad zahin, si jantung hati ibu. Rase bahagia dapat tenung wajah senyum zahin. Teringat kata-kata atuk, muka adam masam je sebab ikut mak long, tapi zahin senyum sebab ibu suke senyum, atuk cakap le kan... Tapi bile berkumpul dgn sedara mara, ckp bende yg same jugak. Yelah, mak long mmg garang sket.

Kembali cite demam, yang kesian nyer hingus asyik meleleh jek. Lagi satu zahin asyik nak berdukung je nak di peluk kot. Malam nyer zahin tido awal. Bangun pagi, terus nangis mencari ibu di dapur sedang masak bubur nasi utk bekalan zahin di taska.

Monday, October 3, 2011

Demam Datang Lagi

26 September : Anak ibu demam lagi, tapi ibu tak bawak ke klinik sebab ubat masih ada. Ibu jeram dengan air paip dan balut zahin dengan kain basah. Kali ini berbeza, walaupun demam, sempat tersengih.


Dah penat main, kemudian tido tapi kerap terjaga ler, hidung tersumbat agak nyer. Kebetulan esok ibu ada mesyuarat di putrajaya. Ikut hati, tak mau pegi sebab kalo zahin demam ibu pasti akan ambik cuti sehari dua untuk menjaga zahin. Lagipun ibu tak nak menyusahkan acik watie.
27 September : Badan zahin semakin panas, 39.6. Ayah pulak tkde kat umah, apalagi ibu biarkan zahin pakai pampers je dan balut dgn kain basah. Alhamdulillah, keesokan pagi nyer panas beransur kurang.