Thursday, April 26, 2012

16 April 2012 Kali Pertama Anak Ibu Masuk Wad (Jangkitan Kuman Pada Pau-paru)

Semua nyer bermula pada tarikh 11 April, cuti umum pertabalan Yang Dipertuan Agong. Malam sebelum zahin selsema n batuk...cirit-birit. Disebabkan takde ubat kat umah 11 April ibu bawak zahin ke klinik. Kebetulan pada hari yang sama atuk, opah, mak long, adam, mak su n bakal pak su ade kat umah kite. Zahin pun nampak hepi je... Cuma ayah je agak runsing bile ade adam. Cian anak buah mak ngah sorang nie... Ayah agak garang pulak aritu...

Petang tu semua balik dah. Tgal ibu ayah dan zahin. Malam tue tetibe je badan zahin panas sgt, ibu lap dengan air paip pun masih panas. Ibu pakai baju nipis kat zahin supaya panas berkurangan. Memang ibu berjaga malam tengokkan zahin.

Esok nyer 12 April ibu amik cuti sebab badan zahin masih panas, awal pagi lagi ibu dah bagi ubat demam. Kebah sekejap, tak lame demam semula... Petang mcm tu jgk kebah sekejap. Malam demam semula.

Pagi 13 April, masih demam tapi ibu hantar zahin ke taska jugak...Ubat demam mmg dah diberi pagi tue. Waktu rehat tengahari, ibu amik zahin bawak ke ofis.  Zahin kurang selesa, menggigil dan kebiruan. Hati ibu dah mula risau. Zahin tak nak menyusu, tak nak makan, tak nak minum...kecuali nyusu badan, alhamdulillah.

Tak lme lepas menyusu, zahin muntah...menggigil. Terus ibu bawak balik umah tukar baju, solat dan bawak ke klinik. Doktor cakap demam 39 agak tinggi, dan masuk ubat ikut punggung. Pukul 5 ibu singgah di ofis sekejap, zahin nmpk selesa sket, mau bersembang. Riuh mulut nyer.

Lebih kurang 8 mlm demam datang lagi, masih tinggi, walaupun dah makan ubat.

Kebetulan 14 April kite nak balik kg, mungkin jupe atuk opah zahin makin sihat. Tapi masih begitu, kebah sekejap dan demam semula. Mlm tu nafas zahin berbunyi mungkin sebab kahak. Masih bertahan dengan ubat yg ada.Mlm tu, zahin nadi zahin makin laju....hati ibu mula tak keruan. Pagi esok terus bawak ke klinik, doktor ckp sebab kahak, dan beri sedut gas.

15 April, mlm nie masih laju nadi zahin, dada zahin berombak kuat. Mata pulak layu, lesu....Lme ibu perhatikan zahin. Pagi esok, 16 April terus ajak opah bawak ke klinik kerajaan. Zahin dirujuk ke klinik kecemasan, selepas scan, doktor masukkan ubat demam ikut punggung, dan zahin diberi water drip. setelah 2jam menunggu, demam masih tidak kebah. Doktor ckp zahin perlu admit wad. Berdebar jantung ibu dengar doktor ckp macam tu. sebab inilah kali pertama zahin sakit teruk macam nie. Segera aku telefon suami minta datang ke klinik. Zahin dihantar ke hospital dengan ambulans ditemani ayah. aku dengan emak balik ke rumah jap untuk siapkan pakaian yang perlu. Kemudian terus ke hospital. 4 hari 3 (16-19 April 2012) malam zahin dimasukkan ke wad, keputusannye doktor ckp ade jangkitan kuman pada paru-paru. Zahin perlu dijaga dengan rapi, dari habuk, asap rokok, bulu kucing dan sebagainya sebab antibodi badan zahin masih belum kuat lagi dalam tempoh 6 bulan berikut. Dah sebulan kuar wad, zahin masih tak sihat. Ibu buat keputusan ambil cuti separuh gaji, 17-30 Mei 2012 sebab zahin tak boleh terdedah kepada sesiapa yang ade selsema, batuk atau demam.