7 Bulan

25 Mei 2011 - 24 Jun 2011
Di penghujung usia tujuh bulan, anak ibu dah tumbuh gigi. Pada masa tue, ibu terlihat zahin mengunyah sesuatu. Sepantas kilat, ibu sua jari ibu dalam mulut zahin, mase tue ler adoiiiii.......sakit nyer kena gigit. Baru ibu tau zahin dah tumbuh gigi. Sejak itu, ibu berusaha jauhkan zahin dari terus hisap puting kosong. Alhamdulillah, berjaya.

18 November 2013 - 17 Disember 2013
Di awal usia tujuh bulan zakwan dah tumbuh gigi sebelah bawah. Lagi awal dari along. Tapi yang kesian, habit zakwan suke hisap jari tangan, jadik selalu la jari bengkak digigit. Ibu pun kena juga semasa menyusukan, berdarah. Memang nyeri, hehe. Jadik ibu susukan guna botol buat sementara. Di pertengahan bulan, zakwan dalam proses untuk merangkak, banyak kali ibu lihat zakwan berusaha untuk merangkak, masih belum berjaya lagi. Hanya tinggal seminggu je lagi sebelum menjangkau usia 8 bulan.