Friday, July 15, 2011

Al Kisah Rumah Baru

Alhamdulillah......

Allah Ta'ala telah aturkan yang terbaik untuk setiap hambaNYA. Begitu juga dengan ibu, sebaik abis belajar, ibu berpeluang mendapatkan kerja tetap dan berniat untuk belikan atuk opah sebuah kereta. Syukur alhamdulillah niat ibu tercapai. Setelah bekerja lebih kurang 2 tahun ibu berkahwin dengan ayah. Tidak lama selepas itu, ibu mendapat pekerjaan yang lebih baik, bukan kerja sebelum ini tak baik. Tapi rezeki ibu dapat kerja sesuai dengan kelulusan ibu, walaupun tidak setinggi mana....ibu yakin atuk dan opah sedikit bangga dengan ibu.

Buat Ahmad Zahin, pastinya ibu mengharapkan yang terbaik untuk anak ibu. Ingat pesanan ibu, solat itu tiang agama, jadilah hamba Allah yang bertakwa. Jangan tinggalkan solat, pasti hidup akan mendapat keberkatan Yang Maha Esa.

Selepas beberapa bulan kerja, ibu berpeluang untuk beli rumah sendiri yang masih dalam pembinaan. Tak lama kemudian, ibu mendapat berita yang teramat gembira, ibu mengandung. Sebaik Ahmad Zahin lahir, kita telah berpindah ke rumah baru. Inilah dia rumah kita, walaupun bukan banglo bertingkat, tapi bagi sudah cukup mewah buat kita sekeluarga. Ingatlah wahai anak ibu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, pasti hidup akan sentiasa bahagia......

No comments:

Post a Comment