Thursday, November 6, 2014

Trip To Sabah 29 Oktober Hingga 2 November 2014

Setelah dirancang berbulan-bulan sebelum pergi, ibu berniat nak bawak ayah, opah, atok, along dan zakwan bersama. Mesti seronok, cuma ayah agak susah nak mohon cuti. Ibu harap dapat gembirakan opah atok yang banyak bersusah untuk kita semua.
Tekad nak pergi sabah, sampai rahnukan barang untuk tambang. Gagahkan diri walaupun sedang hamil 4bulan anak ke 3, sebab tahu mesti penat bawak zahin n zakwan. Tapi yang penting semua seronok. Akhirnya hari ditunggu tiba jua. Kami empat sekeluarga, 3 lagi kawan-kawan satu ofis bersama keluarga masing2. Jam 4 petang naik bas terus ke KLIA 2. Sampai di sana jam 6.30 petang terus bergegas ke kaunter check in. Sangatlah jauh perjalanan ke kaunter, sian kat opah dan atok terpaksa berjalan jauh. Ini kali pertama naik flight yang perlu diurus sendiri, Tapi alhamdulillah kawan2 banyak bantu. Setibanya di kaunter, boleh pulak petugas tu suruh check in di kiosk atau dikenakan bayaran rm10 per kepala. Disebabkan tak pernah check in di kiosk, bayar jelah...melayang rm50. Tempat duduk dapat 2seat depan (7A, 7B) dan 3seat belakang (25 D,E,F).
Sebelum check in di pagar akhir, macam2 perangai zahin aksikan, berguling, berlari....adoiiii.
Lebih kurang jam 7.30 mlm terus check in di pagar akhir. Sebelum check in sempat lagi zahin mintak lolipop rm7.50, aduhai anak bertuah, mintak semua yang mahal jek.
Situasi di dalam flight. Ayah terlebih excited, huhu...terutama mase kapal nak gerak naik. Nampak hepi nyer. Rse kelakar pun ade. Ayah, ibu, zahin dan zakwan duduk di belakang... Boleh pulak mse nak berlepas beg susu budak2 ni hilang pulak, beg tu zahin yg sandang. Bile tnye zahin, jawabnye "betul, zahin bawak beg tu". Tapi tk jumpa. Akibatnye, zahin menangis di sepanjang perjalanan 2 jam, sebab nak susu. Haru biru, kalut, pening dibuatnye. Dengan tak nak pakai tali pinggang keselamatan, pramugari dok tegur lebih 3 kali suh pakai, huhu. Kesiannye cik pramugari nak melayan... Tambah pening, mse nak mendarat, menangis nak susu, mase tu sunyi sepi sebab ramai yang tido. Satu hal lagi mase nak turun, menangis mintak dukung pulak. Turunnya dari kapal, kalut dok tnye opah n atok botol susu zahin zakwan, tengah dok kalut datang sorang pramugari datang serahkan beg susu tu. huhu...yang pelik tau pulak pramugari tu tuju pada kami. Mesti dia dengar zahin nangis. alhamdulillah selesai satu masalah. dapat botol kembali.

** Jam hampir 12 tengah malam, kami masih menunggu van yang dijadualkan untuk pick up kami semua. Lame menanti baru muncul. Terus menuju ke hotel bajet, malar hotel. Masuk je bilik, syukur...luas jugak, cuma takde cerek nak bancuh susu. Emm, sudahnye bancuh dengan air mineral je. Abis jugak susu diminum zahin zakwan dan terus lena, itupun lepas melompat-lompat, berkejar-kejar, mengekek, padahal dah hampir satu pagi, adoiii....anak2 bertuah. Yang paling menarik waktu subuh jam 4.45 pagi. Kena biasekan diri... Tido pun dah 2 pagi lebih.

** 30 Oktober, jam 6.40 pagi: Menunggu kereta sewa. Perancangannye, berjalan seharian bersama kumpulan. Tapi disebabkan kami sekeluarga lewat bersiap,  tinggal kami dan satu family lagi. Jadi kami berpakat pergi sekali. Takpe guna waze je...


Wednesday, February 13, 2013

Sepanjang Kehamilan Kedua

Di sepanjang trimester yang pertama 1-3 bulan, ibu tersangat la kuat makan, tiada sebarang alahan seperti loya. Dari segi pemakanabn, semua ibu teringin nak makan. Cuma jeruk ibu tak berminat, begitu juga dengan kopi radix yang selama ini menjadi kegemaran ibu. Menjangkau usia kandungan 4 bulan, kaki ibu mengalami masalah kaki bengkak dan kebas. Tidak boleh berjalan, berdiri atau duduk terlalu lama. Berlarutan sehingga ke usia kandungan 6bulan.Semasa scan pada usia kandungan 4bulan, doktor ckp anak ibu berada pada kedudukan songsang. Tetapi masih terlalu awal untuk risau kerana anak ibu akan berpusing lagi.

Pada 24hb Januari, usia kandungan 6bulan; ibu scan sekali lagi di klinik swasta, juga masih songsang. Tapi doktor ckp anak ibu sihat, dan jantina adalah lelaki. Kebetulan pada hari ibu scan jantina, ibu demam dan batuk + selsema dah dua hari, mse tu demam ibu 39. doktor bagi ubat demam dgn antibiotik sebab ade luka pada tekak. dah 10 biji panadol ibu telan masih tak kebah demam, ini la demam yang paling teruk ibu kena sampe tak lalu bangun. Kebetulan di kg, ade la opah n atok menjaga zahin. Batuk pun masih kuat dan berlarutan sehingga 5hb Februari, malam tu ibu minum ubat batuk yang dibeli dari farmasi sebab memang dah tak tahan sangat asyik batuk.

6 Februari lebih kurang 11 pagi ibu perasan yang anak ibu tidak gerak. Ibu tunggu sehingga ke pukul 2 petang juga tak rasa pergerakan. Ibu segera ke klinik desa, tapi alhamsulillah jantung anak ibu berdenyut tapi nurse refer ke klinik tanjung malim. Tibe je di klinik, jelas sgt muka doktor yang merawat nampak agak tension, mungkin sebab ramai patient. Mase checkup ibu pun, doktor tu main campak aje cop nye, dan ade kad temujanji ibu dalam buku merah yang ditulis, juga dicampak. Nampak sangat doktor tu stress tapi mungkin dia lupe dia seorang doktor. Tapi memang dia marah dgn ibu sebab beli ubat batuk dari farmasi. Yang marah kan ibu tu tak kisah tak cara meletak brg tu yg tak beradab. Sambil marah", dia suh ibu masuk wad. Dalam hati ibu memang tak bersedia sebab siapa la nak jaga zahin. Dia telefon ke HSR, bercakap dengan doktor pakar di sana, lega hati ibu sebab kalo masuk wad pun doktor masih tak boleh pantau anak gerak atau tidak. Doktor bekalkan ibu dengan ubat batuk, antibiotik dan ubat demam. Tapi doktor pesan hanya jika perlu sahaja minum.Sebab risau anak ibu tido. Tapi alhamdulillah, lebih kurang pukul 10 malam, ibu terasa anak ibu gerak seperti biasa.

9 Februari, ibu p umah tok bidan kg. Tok bidan tu pegang je perut ibu dia ckp budak melintang teruk nie. Tok pun dok tolak le perut ibu. Alhamdulillah, anak ibu berada kedudukan normal dah. Tapi tok ckp perut sejuk, anak lemah. Jadik to pesan, jgn biar anak sulung dok pijak kat peha, jgn tertendang. Lagi satu tok suruh minum air kelapa supaya anak ibu segar.Yang paling best tok dok ngurut urat batuk, tok cakap ibu demam urat. tak tahan sejuk. lega sangat kena urut. alhamdulillah dengan izin Allah, malam tu dah takde batuk lagi, cuma sesekali batuk biase. Anak ibu pun dah semakin gerak aktif. Bayangkan dah hampir dua minggu batuk teruk, nak solat pun susah sebab asyik terkucil. Kini kembali normal.Terima kasih Ya Allah. Engkau tunjukkan jalan untuk berubat cara kg.



Ahmad Zahin Diduga Lagi...Penyakit Kulit Mulluscum

6 Februari 2013,

Malam tue terperasan ade bintik" merah di leher zahin, tapi tak byk 3,4 biji kot. mula ibu ingatkan ekzema... Tapi malam tu zahin tido lena aje, tak pulak menggaru. Malam esok nye, ibu lihat bintik" tu bertambah lagi 2,3 biji. Pagi jumaat ibu terus bawak zahin ke klinik swasta, bukan le pakar tapi ramai orang cakap kalo untuk kanak-kanak ubatnye serasi. Doktor ckp alahan, tapi ibu pertikaikan jugak, sebab biji" nye bertambah, doktor tu masih dgn pendapat dia. Takpe la, kite berusaha, moga allah permudahkan. dah 2hari tak surut, biji" bertambah lagi, hati dah tak keruan.
Kebetulan balik kg, jadi ibu buat keputusan untuk bwk zahin berjumpa dengan pakar kulit di tanjung tualang, klinik nagoke. Doktor nye mmg bagus. Sebelum nie, berubat ekzema zahin pun di klinik nagoke. alhamdulillah, tiada lagi luka sehingga berdarah, tapi ekzema masih ade, seolah-olah ia datang dan pergi dan datang semula....itupun sebab peluh, habuk dll. memang sangat perlukan jagaan yang betul dari segi sabun mandi, makan dan sebagainye.

Berbalik pada kisah biji" di leher zahin, doktor tu tengok je dia ckp ini penyakit kulit yang disebabkan oleh kuman, mulluscum... allahuakhbar, sayu rase hati ibu. kesian kat zahin. tapi moga ade hikmah di sebalikNYA. Sekali lagi yang buat ibu rase sedih, ia akan ambil mase yg lama untuk sembuh, tapi penyakit nie tak merbahaya. doktor ckp akan sembuh dlm 8 bulan jika tidak dirawat. Jika dirawat dalam sebulan akan hilang tapi ubatnya adelah sejenis asid, kesan nyer akan rse pedih. Ibu dan ayah sepakat untuk ambil ubat, tak sanggup nak biar hingga berbulan lamenye. Doa ibu moga dipermudahkan buat kita untuk lalui semua ini, dan moga zahin akan segera sembuh dan ianya tidak akan berulang lagi. Tambah lagi ibu tengah mengandung dan bakal melahirkan. Macam" bermain dalam kepala, siapa yg nak beri tumpuan pada zahin, sapukan ubat...zahin pun memang tak boleh pisah dgn ibu. Ya allah, moga diberikan kesembuhan kepada ahmad zahin.

Wednesday, October 17, 2012

Percutian Bersama Keluarga

13 - 15 Oktober 2012 : Pulau Langkawi
Alhamdulillah, tiba jua hari yang dirancang sejak awal tahun...Walaupun di saat akhir, ade yang demam, selsema n kena gout tapi pergi jugak.

4.45 Pagi : Sabtu
Kami sekeluarga memulakan perjalanan dengan bacaan doa ringkas oleh ayah. Hanya pandu dua kereta seramai 10orang termasuk 2 si kecil, adam n zahin. Zahin bangun seawal jam 3.30 pagi dan sepanjang perjalanan menuju ke R&R Tapah langsung tak mau tido. Asyik dok jerit lori, bas, lampu, hihi...

Tepat 5.35 pagi kami tiba di Tapah untuk menunaikan solat Subuh, ingatkan lengang, tapi penuh dah surau. Kami bersarapan terlebih dahulu, ayah beli nasi lemak, tapi terbuang sebab tak sedap n sgt pedas. 6.45pagi kami memulakan perjalanan. Kami singgah sebentar di R&R Semanggol dalam 20 minit. Lebih kurang pukul 11.15 pagi kami tiba di Jeti Kuala Perlis. Di sepanjang perjalanan kadar tol sebanyak RM13 + RM33 + RM1.60. Bayaran parking berbumbung RM40 untuk 3hari. Tiket sehala RM144.

Kami menaiki feri pukul12 tengahari, dan tiba di Jeti Kuah jam 1.00 petang. Kereta dah sedia menanti. Nissan Sentra n Viva. Tp tibe di jeti, hp pulak meragam, tak boleh nak tgk no hp owner kereta sewa...Lme jugak kami menunggu sebab tak kenal pun siapa org nyer. Setelah dapat tunjuk arah dr owner kereta, kami terus menuju ke Petronas, sebab tuan rumah untuk homestay yang kami book menunggu di sana. Jam 2.30 petang kami tiba di homestay, sgt lega dan relaks sebab mmg homestay nyer selesa, kemas n teratur. Dua bilik ber'aircond'. Dah tentu le yg ade anak kecik dpt bilik aircond, hihi...

Selesai mandi n solat, kami keluar cari makan di pekan kuah, rm32...makanan biase aje. Kemudian terus ke Haji Ismail Group nak p borong coklat, abis beratus, huhu... Otw balik ke homestay kami singgah di Idaman Suri, baru smpe di tempat parking, dok tgk org angkut dua tiga beg plastik, mcm murah jek. Sekali masuk...........adoiiiiii rambang bijik mata, semua ilang ntah ke mana, anak pun tk ingat dah. Mmg murah nak banding kt tempat lain, nasib mmg dah bajet utk nie. Paling kelako 'abang' pun rambang mata. Pendek kate, ade je nak beli, tapi riso keta tak muat. Sampe umah pukul 6.45 petang. Malam nyer mmg masing" dah penat terutama encik" driver.

8.30 Pagi : Ahad
Arini kami keluar awal, plan nak berjalan sepanjang hari, giliran ayah yg memandu. arini kami pusing menghala ke Tanjung Rhu, konon" nak singgah ke Tama Hidupan Liar, Kraftangan Langkawi, Taman Buaya... Malang nyer semua masih tak bukak lagi, huhu... Taman Buaya lak tak jumpa, tersalah masuk simpang mse di roundabout. Sudah nyer kami terus menuju ke beras terbakar, jam pukul 9.30 pagi. masih ade kedai yg tutup. Di sini hanya beli kain batik, kain pelekat. Tak beli keychain or magnet fridge pun sebab tkde bajet. Yong n abg long paling lme, sebab kali pertama p langkawi.
Kemudian kami patah balik ke Cable Car, sekadar nak bergambo. Dah tibe sne, ade yang nak naik ade yg takut penyudah nyer semua tak payah naik... Singgah makan di kwsn cable car, rm55 untuk mkn tghr. Kemudian sekali lagi kami patah balik sebab nak ke pantai chenang. Singgah solat jap. Sekali lagi perancangan berubah, kami patah balik ke pekan kuah utk beli tiket feri. Selesai bab tiket, terus ke chenang, Tibe di chenang pukul 4ptg, tempat pertama lawat underwater world, tiket rm200. Mmg menarik....bg yg berminat. Pukul 5.30 terus ke pantai, cuaca agak panas, tiada tempat berlindung, nmpk mcm pdg pasir jek, hihi. Kalau aku, mmg tak best le nk lepak...baik p pantai pasir hitam ke, lagi best. Tapi syg kami tak sgah. Mse kat pantai, hanya mak su, pak su n zahin je mandi laut, adam nangis takut air, huhu.
Badan dah terasa penat, jam hampir 7mlm, tak jadik makan di chenang tapi tapau la jugak, siakap tiga rase, bawal masam manis, tomyam, daging kicap n kailan ikan masin rm92. Balik umah, mak su n pak su tolong siapkan mkn mlm... Asal nyer kami nak kuar ke idaman suri sebelah mlm, tapi tutup.

9.30 Pagi : Isnin
Kami sekeluarga dah bersiap nak balik, tiket pukul11.30 pagi. Ade sebab kami keluar awal, nak sgah idaman suri, hihi.... kami pelanggan pertama tercongok depan pintu utama. Tk lme lepas tu dtg stu bas, berduyun depa dok tgu kt pintu utama.








Friday, October 12, 2012

Hamil Anak Ke2

Alhamdulillah,

Rezeki dari Allah. Sesungguhnya DIA maha ketahui hambanya mampu memikul atau tidak amanah itu. Ya Allah berikanlah aku kesihatan tubuh yang sihat, kekuatan untuk melalui perjalanan 10 bulan ini...

Suatu malam, ayah bertanya samada ibu mengandung. Ibu cakap tak check pun...jumaat 28hb September baru ibu tergerak hati untuk buat UPT. Double line...alhamdulillah.

Kebetulan 1-5 Oktober ibu ada kursus di Hotel Bayview, Pulau Pinang, jadik tak sempat nak check doctor lagi. Al kisah di penang, ibu ke sana bersama opah dan zahin. Susah nak tgalkan zahin di kg, sebab asyik mencari ibu jek... Pada sangkaan ibu, mungkin ibu hamil sebulan. Riso jugak sebab kandungan awal lagi. Tambah lagi berkursus di tempat org, dengan anak plak tue. 5 hari di penang, jenuh melayan ragam zahin. Ada satu insiden nyaris zahin tak masuk ke lif, sebab ada mrs org putih sempat pegangkan zahin... Paling letih bile masa nak makan, zahin aje yg ke hulu ke hilir tak mau makan, asyik main jek. Nak buat macam mne, sebab zahin tgh lasak...

Malam sebelum pulang ke perak sempat p night market penang, mmg rambang mata, tapi harga boleh tahan mahal....ingatkan murah. Jenuh malam tu, zahin tak nak berdukung, nak berlari sana sini. Nak itu nak ini...adoiii. Jadik ibu dgn opah dah tak larat, cdg nak tgu kawan" lain dalam bas, jenuh berjalan hampir sejam baru jumpa bas. Betapa senak nyer perut ibu, lenguh kaki lagi sebab byk berjalan, ibu cuma manpu dukung zahin sekerat jalan. Terpaksa la zahin berjalan kaki, sgt jauh bagi seorang budak berusia 2 tahun. Kesian tapi apakan daya ibu pun rse nak pitam.Tiba di bilik hotel lepas zahin tido, ibu sapukan minyak pada kaki zahin dan urut, sian takut melecet. Begitu le pengalaman di penang saat berbadan dua. Alhamdulillah, kandungan ibu hanya sekadar senak, sehari lepas tu ok dah.

Friday, September 21, 2012

Kali Ketiga Masuk Wad: Zahin Selamat Jalani Pembedahan Hydrocele


18 September : Hari ini zahin admit wad sehari awal utk pembedahan hydrocele, Sebelum masuk wad, ibu bawa zahin berjumpa pakar SOPD, saat-saat akhir baru doktor cakap bukan hernia tapi hydrocele. Selama ini ibu cuma research berkenaan hernia. Pernah dengar hydrocele iaitu cecair yang terdapat di dalam kantung. Tetapi jika dibiarkan boleh jadi hernia. Doktor ckp setelah pembedahan tidak akan berulang. Alhamdulillah.....mudah-mudahan dengan kuasa Allah. Admit wad 12.05 tengahari. Jenuh ibu melayan zahin sebab asyik merengek nak p lompat" (bermain di taman). Antara pukul 2.30 - 4.00 ptg suasana wad agak sunyi kerana semua kanak" tido kecuali anak ibu sayang. Kami dok bermain di taman. Ibu yang letih, zahin bukan main seronok lagi, dah hampir pukul 5.00 ptg baru zahin mintak nenen. Ibu nyusukan jap je, zahin terus tertido.

Dalam hati lega jugak sebab malam nanti zahin boleh  tido lewat dan akan bangun selepas subuh. Sebab zahin kena puasa bermula 2.00 pg. Sedangkan selama nie zahin akan bgn untuk nyusu badan. Pukul 6.50 ptg zahin baru terjaga dari tido. Lepas maghrib merengek nak p lompat". Ibu layankan jugak sebab kesian esok nak operate. Sehingga pukul 11.00 mlm bermain di taman, kanak" lain udah lena. 11.30 mlm baru zahin mau tido setelah jenuh memujuk. Tepat 2.30 pagi tak semena-mena zahin menangis, bukan nk nyusu tapi tangan yang disuntik untuk masuk ubat, sakit...ada darah, mungkin dia tarik sebab rimas. Nurse mintak ibu susukan zahin, sepatut kena puasa. Dah nurse cakap tkpe. Tak lme zahin pun lena. Pukul 4.15 pagi sekali lagi zahin terjaga kali nie nak menyusu. Adoiii......jenuh memujuk, budak katil sebelah pun terjaga. kat pukul 5.00 pagi baru zahin nak tido tu pun berdukung. Allahuakhbar, betapa penat tgk dia nangis, rse macam nak cancel operation.

Lebih kurang pukul 7 lebih doktor datang tengok zahin, kebetulan ade nurse kat situ, nurse ckp pada doktor tak boleh ke segera buat operation sebab mlm smlm zahin menangis lama nak nyusu. Alhamdulillah doktor pun paham, terus mintak nurse buat persiapan ke bilik bedah. Sangat mendebarkan. Zahin diusung atas katil menuju ke dewan bedah, setiba di dewan bedah, ibu diminta untuk memakai pakaian yang disediakan. Kesian zahin keseorangan....apabila ibu buka je pintu masuk zahin tengah nangis, nmpk je ibu, terus panggil nama ibu dan berenti nangis. Ibu genggam tangan zahin, ibu cakap zahin kena kuat. walaupun aku pun takut sebenarnya. Sempat lagi zahin bersembang dengan aku, tanya mana ayah, atok n opah. Terasa kuat zahin genggam tangan aku sewaktu zahin mula dibius. Sebelum melangkah keluar dari bilik bedah, ibu cium dahi zahin. Dalam hati tak terbayang mcm mne le zahin dibedah.
Sejam lebih menunggu, baru la zahin dibawa keluar dari bilik bedah. Terdengar zahin menangis, tapi zahin masih lemah, badan pun sejuk dan hanya berselimut. Doktor suruh ibu peluk zahin dan susukan zahin. Sebaik ibu peluk zahin terus tido.... Itu la pengalaman yang tak dapat ibu lupakan. Setelah hampir setengah jam menunggu atendan, baru la zahin dibawa ke wad semula. Alhamdulillah di wad, sebaik zahin sedar...zahin boleh minum dan tak muntah. Jika muntah mmg doktor tak benarkan keluar wad lagi.


Wednesday, August 8, 2012

19 Julai 2012 Kali Kedua Masuk Wad

19 Julai 2012

Kali kedua zahin dimasukkan ke wad. Pada mula nyer malam sebelum tu cuma batuk. Pagi 19hb ibu dengar pernafasan zahin berbunyi tapi zahin masih aktif dan minum susu. Ibu singgah di pejabat dulu sebelum bawa zahin ke klinik nabila ditemani auntie wana. Zahin kena sedut gas. Kemudian terus balik umah, ibu rse badan zahin dedor, ibu kesian nak anto zahin ke pengasuh. Tak lme lepas tu, dengo pernafasan zahin sangat kuat.tulang rusuk nampak ketara. Hati ibu dah rse lain, tapi memandangkan zahin baru je tdo, ibu cdg nak bawak zahin ke klinik kerajaan petang nye.

Lebih kurang pukul 1.00 petang auntie nurul n auntie yanti datang anta barang ibu sebab ibu terus amik cuti. Ibu mintak depa tgk zahin sat, terus depa suh bawak ke hospital. Pukul 3 lebih ibu ditemani auntie nurul n auntie yanti tibe di hospital slim. Tiga kali zahin kena sedut gas tapi doktor cakap tiada perubahan. so kena masuk wad.

Kawan-kawan ibu dah balik ke ofis lagipun kesian mase tu lme menunggu zahin, dah pukul 5.00 lebih. Tak lme lepas tu atuk n opah sampe. Bukan main seronok le zahin. Masuk wad pukul 7.00 malam. Timbang berat 9kg. Setiap 6 jam sekali zahin perlu sedut gas dan dipasang oksigen sepanjang masa. Allah je tau betapa sedih nyer ibu tgk zahin tapi ibu tetap tenang. Dan betapa jenuh nyer ibu nak pegang zahin tiap kali sedut gas. Terpaksa dibedung. Begitulah rutin selama 3 hari di wad. Hasil pemantauan doktor, zahin ada tanda-tanda asthma, tetapi sepatut nyer umur 2 tahun ke atas baru boleh pastikan. Apepun doktor beri ubat asthma tp dos yang rendah, sbg langkah kawalan.

Gambar nie di hari ketiga, 1 Ramadhan. Doa ibu moga zahin dibenarkan keluar wad hari nie. Alhamdulilah, zahin dibenarkan keluar.